Semasa · Puchong
Kumpulan motosikal di LDP awal pagi tarik perhatian pengguna jalan raya
Rakaman berhampiran Puchong Perdana menunjukkan kenderaan bergerak perlahan ketika sebahagian laluan dipenuhi motosikal.
Gambar: Kosmo! Online / tangkap layar video tular.
PUCHONG — Rakaman sekumpulan penunggang motosikal yang berkumpul di Lebuh Raya Damansara–Puchong (LDP) berhampiran Puchong Perdana menarik perhatian orang ramai selepas dikongsi di media sosial.
Menurut laporan Kosmo! Online, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 4.30 pagi pada 22 November. Kehadiran motosikal di kawasan persimpangan dilaporkan menyukarkan beberapa kenderaan untuk meneruskan perjalanan.